Temui Trio Pertumbuhan Perniagaan
Penjenamaan, strategi dan kemahiran perundingan yang mengubah cara kamu mengembangkan perniagaan.
Tiga orang pelatih berpengalaman. Tiga disiplin perniagaan yang berkuasa. Satu pengalaman pembelajaran yang mampu membawa perubahan.
Daripada membina jenama yang mampu menarik perhatian, kepada mewujudkan perniagaan yang boleh berkembang melangkaui diri kamu, hinggalah berunding dengan penuh keyakinan sambil mempertahankan nilai yang kamu tawarkan, trio ini menghimpunkan kemahiran penting yang diperlukan oleh setiap usahawan moden untuk melangkah ke hadapan dengan lebih jelas, strategik dan berkesan.
Suresh Dhawan
Pakar Kemahiran Perundingan | Pengasas & CEO, LEADS Learning and Development Services
Pakar Kemahiran Perundingan
Suresh telah menceburi diri dalam bilik latihan lebih dari 20 tahun – dan telah melatih golongan pakar di Malaysia, Singapura, Filipina, India, Indonesia, Negara Thai dan Vietnam. Sebagai pengasas LEADS Learning and Development Services, dia telah berganding bahu dengan beberapa jenama yang terbesar di Malaysia termasuk Maybank, Shell, Maxis, Sime Darby, CIMB, Nestle dan Bank Sedunia. Sebagai seorang pentadbir MBTI yang bertauliah dan penceramah dalam rangkaian Business FM 89.9, sesi dwi Bahasa beliau dalam Bahasa Inggeri dan Bahasa Malaysia – sentiasa praktikal, sentiasa ada oomph, dan sentiasa menyampai sesuatu yang ada aje yang kamu boleh mengamal pada esok harinya.
Kapten Arivananthan Muniandy (Kapt Ariva)
Jurulatih Strategi Perniagaan | Pengasas, Wealth IQ Network
Jurulatih Strategi Perniagaan
Selama 25 tahun Kapten Ariva telah membina, meroboh, dan membina semula sistem perniagaan – setiap perjalanan pembelajaran dengan beliau dibawa ke pentas. Syarikat beliau diiktiraf sebagai satu TOP 50 SME di Malaysia oleh SME Corp, diaudit oleh Deloitte, beliau seorang ahli MENSA, penceramah TEDx dan salah seorang penceramah utama yang menjadi rebutan di Malaysia, beliau telah mereka dan menganjurkan program kepimpinan, strategi dan keusahawanan di seluruh Malaysia dan sekitarnya. Bila beliau bercakap, semua orang memberi tumpuan sepenuhnya – kerana segala yang beliau sampaikan adalah berasaskan pengalaman beliau sendiri.
Prasath Kanagaras (PK)
Brand Strategy Specialist | Founder, Point Blank Mediaworks & PK Speaks
Pakar Strategi Jenama
Dikenali lebih mesra sebagai PK, Prasath ialah seorang penceramah, jurulatih dan pakar jenama dengan pengalaman 15 tahun dan mempunyai rekod pencapaian berganding bahu dengan lebih 400 jenama di seluruh Malaysia dan juga antarabangsa. Beliau telah menubuh Point Blank Mediaworks pada tahun 2010 dan sejak itu telah melatih lebih daripada 3,000 orang peserta di seluruh dunia. Buat masa ini beliau sedang menulis bukunya bertajuk Brandology: The Brand Leadership dan juga merupakan seorang pelatih yang bertauliah di mana bengkel anjurannya terkenal sebagai sesuatu yang tidak membosankan langsung – padat dengan kes kajian benar, metologi yang tajam dan tanpa omong kosong.
Beliau membantu SME mengenakan bayaran sepadan dengan nilainya melalui kes kajiannya yang menakjubkan.